Tidak salah untuk mengejar kesempurnaan, kemewahan, kesenangan dan kejayaan.Namun, dalam kita mengejar impian atau berusaha untuk menjadi yang lebih baik atau mendapatkan sesuatu yang lebih menguntungkan. Ingatlah, jangan pernah kita lupakan apa yang sedang kita genggam, apa yang kita ada. Jangan pernah lupa mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT untuk apa yang telah kita capai , terima dan punya.Kerana kita tidak pernah tahu apa yang kita akan hadapi di masa hadapan, apa yang kita akan kecapi nanti. Apa mungkin kita mendapat kejayaan atau kegagalan. Jika kita semaikan rasa sentiasa mencukupi dan syukur di atas kurniaan-Nya, rasa kecewa jika gagal mendapatkan apa yang dihajatkan pasti tidak terlalu pedih dan tidak terlalu terganggu dek tekanan emosi.
Kita mungkin ingin mengubah nasib diri dengan mengejar kemewahan, dan kita mungkin gagal dalam usaha itu. Memang jelas terbit rasa hampa di hati. Tapi jangan biar emosi mengawal diri.. Perhatikan orang yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita. Fikirkan apa yang kita sedia ada, lihat di sekeliling, ucapkan Alhamdulillah...
Tapi jangan pula sentiasa merasa mencukupi tanpa berusaha dan malas tapi merasa cukup dengan apa yang didapatkan atau dimiliki setelah berusaha. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita dapat adalah setimpal dengan apa yang kita usahakan. Jadi usahlah di asuh sifat hasad kepada orang lain yang mendapat sesuatu yang lebih baik berbanding kita kerana usaha yang berbeza menerbitkan ganjaran yang berbeza... :)
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya. "Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta tetapi yang dinamakan kaya yang sebenarnya ialah kayanya jiwa"
#maaf jika ada maklumat yang salah dalam penulisan ini. Teguran dan nasihat anda amat dialu-alukan...
No comments:
Post a Comment