Dunia baru????......
Sesekali terdetik juga di hati tentang bagaimana inginku
teruskan hidup di tempat baru, bersama rakan-rakan baru dan suasana yang berbeza
setelah setahun aku dan rakan-rakan ppks bersama di Kolej Mara Kulim. Tapi
apabila terkenang kembali akan kisah ku ketika pertama kali menjejakkan kaki di
negeri orang, kali pertama aku berpisah dengan keluarga kira-kira setahun yang
lalu, membuatkan aku kembali menanam azam untuk tidak mengundur diri dari medan
ilmu ini.
Kini aku dan rakan-rakan ppks kembali membanting tulang
dalam medan ilmu di tempat baru iaitu Universiti Malaysia Kelantan dengan
gelaran pelajar tahun 1 (junior) .. :D
MINGGU 3M..Memang agak meletihkan.Tapi apabila difikirkan
secara logik akal, pastinya para fasilitator merangkap para senior kami yang
sepatutnya merasa lebih penat berbanding kami. Tapi sudah adat remaja, apabila
berdepan dengan dunia baru, pastinya akan merasakan semua perkara sebagai
sesuatu yang susah dan meletihkan. Banyak perkara yang menarik dan memberi
pengajaran kepada diriku sepanjang menjalani minggu 3M. Aku lebih mengenal erti
hidup sebagai seorang pelajar dan adat dalam bermasyarakat.
Semakin jauh aku berjalan, semakin banyak ragam dan
perangai manusia yang aku temui. Semakin ramai rakan yang ku kenal. Dapat ku
hidu cabaran yang bakal mendatang pastinya lebih payah dan meletihkan.

No comments:
Post a Comment