Wednesday 8 April 2015

Hari ke hari, usia makin meningkat. Sekarang dah menjengah awal 20-an. Terasa diri ni dah tua dan berusia. Pejam celik dah berlalu 20 tahun, cepat sungguh masa berlalu.

Terasa rindu dengan kenangan lalu. Tapi di balik tiap yang manis itu pasti ada pahitnya. Setiap individu ada kenangannya sendiri. Ada yang dirindui, ada yang dibenci.

Jika tiada yang pahit, masakan kita akan menghargai yang manis. 

Yang pahit ubat, yang pahit itu mengingatkan agar jangan diulang lagi kesilapan yang sama. 

Terlampau banyak yang manis kadang-kadang mendatangkan penyakit sebab terlalu leka, terlalu asyik.

;)

Saturday 4 April 2015

Kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya, kenapa hati selalu resah? Selalu ditimpa musibah. Buat kerja serba tak kena.

Solat cukup 5 waktu sehari semalam. Al-quran dibaca setiap hari. Sedekah jariah tak pernah ditinggal. Hubungan dengan sahabat-sahabat dijaga.

Tapi. Masih ada yang tak cukup.

Hati ibu & ayah. Hati ibu & ayah dibiarkan terseksa. Hati mereka tak dijaga. Hati mereka kita biar merana. Melebihkan orang lain dari mereka.

Bagaimana ketenangan itu akan wujud di hati kita, andai kita sebagai anak tak pernah menyenangkan hati ibu ayah?

Tuesday 3 February 2015

Kehilangan

Kehilangan itu memeritkan,
Kadang tak berdaya untuk melupakan,
Takkan luput dari kenangan,
Tetap segar dalam ingatan.

Tapi kehilangan mengajar erti kesabaran,
Mengajar erti keredhaan,
Memperlihatkan kekuasaan Tuhan,
Apa kita sanggup bertahan dalam ujian.

Kekal atau sementara,
Kosongnya tetap terasa,
Tinggal doa menjadi perantara,
Moga sentiasa dalam rahmat-Nya.




Thursday 30 January 2014

Bila berada dalam kelompok sendiri, memang kita akan merasa selamat dan selesa. Seringkali kita cuba untuk menilai orang lain dari pandangan kelompok kita.

Tapi cuba latih  diri untuk bergaul dengan kelompok yang lain juga. Mungkin penilaian itu akan dibuat dari pelbagai sisi.

Buka mata. Buka minda. Buka hati. Fahamkan.

Wednesday 22 January 2014

Andai kematian menjengah nanti,
Apa bekalan nak di bawa pergi?

Mati itu janji yang pasti,
Tapi mengapa tak pernah peduli?
Kita perlu tahu dan sedar bila untuk 'berhenti'. Semakin meningkat usia, semakin kita menginjak dewasa, maka bukalah minda untuk melihat ke sekeliling mu, berfikirlah seperti orang dewasa yang benar-benar dewasa dan waras. Hidup bukan sekadar untuk diri sendiri atau untuk bersuka ria sahaja. Jangan salah tafsir makna hidup. Lahirnya manusia ke dunia dengan tanggungjawab, maka penuhilah tuntutan tanggungjawab itu. Pilihan di tangan mu.

Aku tahu yang engkau tahu itu, dan pasti lebih tahu berbanding aku. Tapi diri terasa bertanggungjawab untuk mengingatkan mu tentang itu.

#Aku malu mahu menghadap DIA , andai ketika itu dosa masih tersisa.


Wednesday 8 January 2014

Minggu peperiksaan semester 1 hampir berakhir. Ada juga sahabat- sahabat dari kursus lain yang sudah mula beransur pulang sejak beberapa hari yang lalu. Sebenarnya Jentayu agak cemburu dengan mereka yang telah mula bercuti sedangkan Jentayu perlu kekal di sini sehingga 10/01/2014.
Semester 1 hampir menutup tirainya. Banyak pengalaman suka dan duka yang Jentayu dan sahabat- sahabat lalui di sini. Walaupun tempat kami belajar sekarang kemudahannya dan lokasinya tidak segah Institut Pengajian Tinggi yang lain, namun banyak hikmah yang terselit di sebalik semua itu. Lokasi universiti ini yang jauh dari pusat bandar, pusat membeli belah dan pusat hiburan menghindarkan kami dari terdedah dengan  masalah sosial, kejutan budaya, dan pembaziran wang untuk barang atau aktiviti yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
Kualiti seorang pelajar itu bukan terletak kepada kemasyuran tempat seseorang pelajar itu menuntut ilmu , tetapi yang menjadi ukurannya adalah pengaplikasian ilmu itu dalam kehidupan mereka untuk membangunkan masyarakat dan negara.