Wednesday, 8 January 2014

Minggu peperiksaan semester 1 hampir berakhir. Ada juga sahabat- sahabat dari kursus lain yang sudah mula beransur pulang sejak beberapa hari yang lalu. Sebenarnya Jentayu agak cemburu dengan mereka yang telah mula bercuti sedangkan Jentayu perlu kekal di sini sehingga 10/01/2014.
Semester 1 hampir menutup tirainya. Banyak pengalaman suka dan duka yang Jentayu dan sahabat- sahabat lalui di sini. Walaupun tempat kami belajar sekarang kemudahannya dan lokasinya tidak segah Institut Pengajian Tinggi yang lain, namun banyak hikmah yang terselit di sebalik semua itu. Lokasi universiti ini yang jauh dari pusat bandar, pusat membeli belah dan pusat hiburan menghindarkan kami dari terdedah dengan  masalah sosial, kejutan budaya, dan pembaziran wang untuk barang atau aktiviti yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
Kualiti seorang pelajar itu bukan terletak kepada kemasyuran tempat seseorang pelajar itu menuntut ilmu , tetapi yang menjadi ukurannya adalah pengaplikasian ilmu itu dalam kehidupan mereka untuk membangunkan masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment