Thursday, 30 January 2014
Tapi cuba latih diri untuk bergaul dengan kelompok yang lain juga. Mungkin penilaian itu akan dibuat dari pelbagai sisi.
Buka mata. Buka minda. Buka hati. Fahamkan.
Wednesday, 22 January 2014
Aku tahu yang engkau tahu itu, dan pasti lebih tahu berbanding aku. Tapi diri terasa bertanggungjawab untuk mengingatkan mu tentang itu.
#Aku malu mahu menghadap DIA , andai ketika itu dosa masih tersisa.
Wednesday, 8 January 2014
Minggu peperiksaan semester 1 hampir berakhir. Ada juga sahabat- sahabat dari kursus lain yang sudah mula beransur pulang sejak beberapa hari yang lalu. Sebenarnya Jentayu agak cemburu dengan mereka yang telah mula bercuti sedangkan Jentayu perlu kekal di sini sehingga 10/01/2014.
Semester 1 hampir menutup tirainya. Banyak pengalaman suka dan duka yang Jentayu dan sahabat- sahabat lalui di sini. Walaupun tempat kami belajar sekarang kemudahannya dan lokasinya tidak segah Institut Pengajian Tinggi yang lain, namun banyak hikmah yang terselit di sebalik semua itu. Lokasi universiti ini yang jauh dari pusat bandar, pusat membeli belah dan pusat hiburan menghindarkan kami dari terdedah dengan masalah sosial, kejutan budaya, dan pembaziran wang untuk barang atau aktiviti yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
Kualiti seorang pelajar itu bukan terletak kepada kemasyuran tempat seseorang pelajar itu menuntut ilmu , tetapi yang menjadi ukurannya adalah pengaplikasian ilmu itu dalam kehidupan mereka untuk membangunkan masyarakat dan negara.