Dalam setiap perhubungan,telah ditetapkan jaraknya. Jarak yang perlu dijaga.Sahabat, jangan pernah cuba untuk melangkah garisan yang telah sedia terlukis. Peringatan ini bukanlah untuk melanggar hak asasi manusia,bukan untuk mengongkong minda atau jasad anda, tapi agar setiap sesuatu itu tetap berada di kedudukan asalnya.
Darah muda. Di usia ini banyak perkara yang ingin di cuba. Banyak persoalan yang cuba dirungkaikan.
Di usia ini jugalah rata-rata individu bertemu antaranya ialah "cinta pandang pertama", dan "kecelaruan identiti",...
Jentayu melihat ramai yang cuba menidakkan kebenaran apabila ada yang mengatakan apa yang dilakukan oleh mereka itu adalah salah.Perlu di ingat,bukan salah di mata manusia,tapi salah di sisi hukum syariat.Ada yang marah,ada yang mengutuk dan ada yang berpaling sebelum sempat diberi nasihat.Itulah situasi yang biasa terjadi.
Kalau sayang,kenapa heret dia ke jalan kemurkaan Allah SWT...????
Kalau betul sayang, kenapa tak mahu berubah sedangkan sedar akan perbuatan yang dilakukan itu salah..????
Perlu di ingat wahai sahabat,Bukan manusia yang menetapkan hukum itu.Bukan manusia yang menetapkan garisan itu. Andai kamu sedar apa yang kamu lakukan itu salah,mengapa tidak dihentikan. Berani biar bertempat sahabat. Melanggar hukum yang telah di tetapkan oleh Allah SWT itu bukan bukti keberanian. Tapi itu bukti kejahilan.
Maaf andai tulisan Jentayu ada mengguris hati sahabat-sahabat sekalian.
Kita nasihat sebab kita sayang,bukan sebab kita jer yang betul... (@_~)
Salam,
ReplyDeleteMenarik pengisiannya. Selamat dan teruskan usaha anda untuk berkongsi sesuatu yg bermanfaat buat semua pembaca.
Teruskan berbelog...jgn segan2. Terima kasih mengunjungi Relaks Minda dan sudi menjadi sahabat. Salam perkenalan :)
p/s: Kalau sudi...disablekan word verification krn ramai blogger tidak menggemarinya kerana menyusahkan. Jgn takut...tiada robot yg komen. Aktifkan moderation sudah mencukupi utk block spam.
Wslm w.b.t ......
ReplyDeleteTerima kasih di atas nasihat dan kata-kata semangat yang anda berikan buat Jentayu...
Jentayu akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada pada blog ini....
Salam perkenalan juga dari Jentayu buat anda... :)